SAPS NKRA Ibu Bapa Sistem Analisis Peperiksaan Online

SAPS NKRA Ibu Bapa Sistem Analisis Peperiksaan Online - Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah pasti sudah tidak asing lagi di kalangan ibu bapa dan penjaga. SAPS Ibu Bapa adalah sebuah sistem yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memudahkan ibu bapa memantau dan melakukan semakan keputusan peperiksaan secara online.

Sistem Semakan SAPS Ibu Bapa 2018 ini sangat berguna buat ibu bapa kerana memaparkan slip keputusan, markah peperiksaan serta kedudukan dalam kelas pelajar. Dengan adanyanya sistem SAPS Ibu Bapa NKRA ini sekaligus dapat memudahkan ibu bapa untuk memantau prestasi dan perkembangan akademik anak masing-masing. Untuk membuat semakan keputusan peperiksaan terkini, semakan SAPS hendaklah dibuat oleh ibu bapa selepas kemasukan markah dibuat seperti tarikh/ jadual yang dikongsikan di bawah ini.

SAPS NKRA Ibu Bapa Sistem Analisis Peperiksaan Online

SAPS NKRA Ibu Bapa

SAPS Ibu Bapa 2018 Semakan Keputusan Peperiksaan

Berikut merupakan informasi berkaitan SAPS Semakan Ibu Bapa yang perlu diketahui oleh para ibu bapa dan penjaga.

Apakah Itu SAPS Semakan Ibu Bapa ?

(SAPS) merupakan singkatan kepada Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah yang diwujudkan bertujuan untuk mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia. SAPS merupakan sistem yang dibangunkan secara atas talian yang boleh dicapai oleh semua pihak termasuklah KPM, JPN, PPD dan Sekolah.
Analisis yang dilakukan melalui sistem ini adalah selaras berdasarkan skala gred kebangsaan. Data yang disimpan melalui SAPS boleh digunapakai oleh semua pihak terutama PPD, JPN dan KPM untuk membuat sebarang analisis.

Cara Buat Semakan SAPS Ibu Bapa : Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Berikut merupakan cara dan langkah dalam membuat Semakan Keputusan Peperiksaan SAPS Ibu Bapa secara online.
  1. Sila masuk ke laman web SAPS Untuk Semakan Ibubapa untuk ke menu utama Semakan Ibu Bapa, atau
  2. Key In Markah Pelajar untuk Guru

Masalah Dalam Mengakses Sistem SAPS Ibu Bapa

Sekiranya anda menghadapi masalah dalam mengakses SAPS Ibu Bapa, sila clear browsing cache anda. Atau, jika message yang diterima adalah “Your connection is not private”, sila ikuti langkah berikut untuk membuat semakan :

A. Klik Advanced

SAPS NKRA Ibu Bapa Sistem Analisis Peperiksaan

B. Dan seterusnya Klik Proceed

SAPS Ibu Bapa 2017 Semakan Keputusan Peperiksaan

3. Anda akan mendapat paparan seperti berikut :
SAPS Ibu Bapa 2017 Semakan Keputusan Peperiksaan

4. Masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir pelajar (tanpa dash “-” atau space).
5. Pilih sama ada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah, dan pilih Tahun peperiksaan.
6. Klik butang Semak Laporan, dan anda akan dibawa ke submenu seperti paparan di bawah :
SAPS Ibu Bapa 2017 Semakan Keputusan Peperiksaan

7. Pilih jenis peperiksaan ingin disemak, samada Ujian, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, Trial Exams dan sebagainya.
8. Kemudian klik Papar Slip Keputusan atau untuk paparan yang lebih terperinci, klik Papar Markah Peperiksaan.
Maklumat Tarikh Kemasukan Markah Peperiksaan SAPS 2017
Berikut adalah beberapa Tarikh Penting Kemasukan Markah Peperiksaan SAPS tahun 2017 untuk Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah di Malaysia. Tarikh Kemasukan Markah Peperiksaan SAPS 2017 ini memaparkan jenis peperiksaan, tarikh mula dan akhir key in markah. Untuk makluman ibu bapa, markah peperiksaan terkini hanya dapat disemak selepas tarikh kemasukan markah markah peperiksaan SAPS

1. Peperiksaan Pertengahan Tahun

  • Tahun 6/ Tingkatan 5 : 18 Mei 2017 (Tarikh Mula) dan 16 Jun 2017 (Tarikh akhir).
  • Terkini : Pengisian markah bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2017 telah dibuka mulai 18 Mei 2017 (Khamis) dan akan dilanjutkan pengisian markah sehingga 30 Jun 2017 (Jumaat)

2. Peperiksaan Percubaan

  • Tahun 6 : 20 Julai 2017 (Tarikh Mula) dan 18 Ogos 2017 (Tarikh akhir)
  • Tingkatan 5 : 14 September 2017 (Tarikh Mula) dan 6 Oktober 2017 (Tarikh akhir)

3. Peperiksaan Akhir Tahun

  • Tahun 5/ Tingkatan 4 : 2 November 2017 (Tarikh Mula) dan 24 November 2017 (Tarikh akhir)

Artikel SAPS NKRA Ibubapa Lainnya :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top